Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

'Keselamatan negara terkawal' - PDRM

  • Published in Nasional

BUKIT AMAN, 14 September - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam negara ketika ini terkawal.

Bagi menjamin keadaan kekal, pemantauan pihak berkuasa dipergiat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan pihaknya tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

Justeru, orang ramai diminta tidak gusar.

Masysrakat juga diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak timbulnya kebimbangan.

Datuk Seri Acryl Sani mengulas laporan pihak Kedutaan Jepun di Malaysia yang mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara.