Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Agong titah perlu segera ganda usaha perangi COVID-19

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 September - Kerajaan yang baru dibentuk perlu segera melipatgandakan usaha memerangi COVID-19 seterusnya membawa Malaysia serta rakyat keluar daripada ancaman pandemik tersebut.

Titah Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ia boleh dicapai menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi dengan tumpuan untuk mencapai sasaran jangka pendek dan panjang yang telah ditetapkan.

Justeru baginda turut menasihatkan ahli parlimen mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

Baginda juga yakin, sekiranya usaha tersebut dilaksanakan, kerajaan akan mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran barisan kabinet baharu.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Baginda turut menegaskan hanya menerusi perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat membolehkan “Keluarga Malaysia” mampu mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan mendatang.