Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Jenazah Tan Sri Zaman Khan selamat dikebumikan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 11 September - Jenazah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Sakinah, Bukit Kiara kira-kira pukul 5.20 petang.

Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 10.25 pagi selepas mengalami pelbagai komplikasi penyakit. 

Terdahulu, jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pukul 3.30 petang, bagi memberi ruang kepada warga PDRM memberi penghormatan terakhir.
Tan Sri Zaman Khan ketika menerajui JSJ Bukit Aman sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an cukup dikenali dengan ketegasannya dalam menjalankan tugas hingga membawa kepada penyelesaian kes berprofil tinggi.

Antaranya, kes tebusan di penjara Pudu pada 1986, kes Botak Chin dan melaksanakan tugasan memburu penjenayah paling ditakuti P. Kalimuthu, hingga akhirnya ditembak mati pada 29 Jun 1993.