Logo

KKM laksana lima inisiatif pencegahan bunuh diri

PUTRAJAYA, 10 September - Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri dengan tema ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’, Kementerian Kesihatan (KKM) komited melaksanakan lima inisiatif pencegahan bunuh diri.

Malah akan mengenalpasti secara spesifik faktor dan sebab kemurungan yang boleh menyebabkan situasi seperti ini berlaku.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, ini juga bagi menghapuskan stigma berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Inisiatif itu antaranya, menambah pegawai kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan bagi mempergiat sesi libat urus dengan agensi serta kementerian lain untuk memastikan tiada golongan yang tercicir.

KKM juga menyokong usaha bagi pindaan atau pemansuhan Seksyen 309 di bawah kanun Keseksaan yang menyabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah.

Beliau juga memberi jaminan KKM akan terus komited dalam melaksanakan pencegahan tingkah laku bunuh diri.

Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham, usaha itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tingkah laku bunuh diri, menghapuskan persepsi bunuh diri serta menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.