Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Peruntukan RM12.3 bilion beri manfaat kepada lebih 10 juta rakyat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 September - Lebih 10 juta rakyat terima pelbagai bantuan tunai kerajaan berjumlah RM12.3 bilion.

Ia merangkumi pembayaran bagi inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), BPR Tambahan dan Bantuan Khas COVID 19 (BKC).

Menerusi Laporan LAKSANA Ke-67, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kesemua bantuan akan disalurkan secara berterusan sehingga penghujung 2021.

Untuk tempoh September hingga Disember 2021, pembayaran bagi kesemua inisiatif bantuan tunai dianggarkan berbaki RM4.8 bilion.

Merangkumi BPR Fasa 3 dan rayuan, BKC Fasa 2 dan Fasa 3, selain Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

Keseluruhannya, sejumlah RM17.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi pelaksanaan kesemua inisiatif bantuan tunai yang telah dan akan disalurkan kepada penerima yang layak.