Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

GPS sokong PM bentang usul undi percaya

  • Published in Nasional

KUCHING, 4 Ogos - Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata langkah membolehkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 di Kuching.