Friday, 24 September 2021

updated 9:13 AM UTC, Sep 24, 2021

Pentadbiran kerajaan berfungsi seperti biasa - Tan Sri Muhyidin

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Ogos - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin memaklumkan jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.

Ke arah itu, beliau akan memastikan program vaksinasi tidak terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

Begitu juga dengan bantuan-bantuan yang telah diumumkan akan diterima rakyat tanpa sebarang halangan.

Perdana Menteri turut berharap semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan untuk terus tabah melaksanakan tugas serta tanggungjawab tanpa terganggu dengan kemelut politik yang dicetuskan pihak-pihak tertentu secara sengaja cuba menangguk di air keruh.