Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Tan Sri Muhyiddin kekal Perdana Menteri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan beliau hari ini, dalam satu Perutusan Khas berhubung situasi politik semasa negara.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, beliau telah menyembah maklum kepada Yang Di Pertuan Agong dalam majlis menghadap pada sebelah pagi bahawa telah menerima surat akuan sokongan daripada ahli-ahli dewan rakyat.

Perdana Menteri memaklumkan, semalam beliau telah menerima warkah daripada Seri Paduka yang memaklumkan 8 ahli parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepadanya.

Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu peletakan jawatan beliau di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.