Friday, 24 September 2021

updated 12:20 PM UTC, Sep 24, 2021

Keabsahan kerajaan ditentu di Parlimen bulan depan - PM

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Ogos - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti daripada ahli dewan rakyat.

Dalam Perutusan Khas di Putrajaya Tan Sri Muhyiddin memaklumkan, keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan menerusi suatu usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan September.

Perkara itu juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda pada pukul 11 pagi hari ini.

Sehubungan itu katanya, peletakan jawatan beliau di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.