Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Kediaman PM jadi tumpuan para pemimpin politik dan menteri kabinet selepas UMNO umum tarik sokongan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti politik dan menteri-menteri kabinet seawal pukul 8:00 malam tadi.

Ia susulan pengumuman penarikan sokongan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Antara yang terawal tiba adalah Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun pada pukul 8:20 malam.

Kemudian disusuli Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, 15 minit kemudian.

Selain itu, antara pemimpin yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut kelihatan beberapa menteri iaitu Datuk Radzi Jidin, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan mereka berhimpun bagi membincangkan isu politik semasa yang melanda negara hari ini.

Bagaimanapun, intipati utama perbincangan tidak dapat dipastikan.