Friday, 24 September 2021

updated 9:13 AM UTC, Sep 24, 2021

Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 3 Ogos - Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan berdasarkan kesetiaannya terhadap parti UMNO dan mematuhi pendirian parti itu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan kepemimpinan UMNO yang mencadangkan beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

Dengan peletakan jawatan itu, beliau akan fokus dengan tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong.

Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media secara maya dan disusuli kenyataan rasmi.