Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

1 PPR, 1 Kebun Komuniti: Optimumkan Penggunaan Tanah

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 3 Ogos - 'Satu PPR, Satu Kebun Komuniti'.

Itu sasaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB).

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan dasar itu diperkenal agar masyarakat bandar mengoptimumkan penggunaan tanah sekitar kawasan perumahan dengan aktiviti perkebunan.

Melalui inisiatif itu juga rakyat memperoleh hasil makanan segar, bebas kimia dan berkualiti untuk keperluan harian sekaligus menjana sumber pendapatan alternatif.

Datuk Zuraida berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dasar Kebun Komuniti Bandar secara maya.

Pada 2018, Kebun Komuniti dilaksanakan di bawah Dasar Komuniti Negara dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti.