Friday, 24 September 2021

updated 12:20 PM UTC, Sep 24, 2021

Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 3 Ogos - Penjawat awam digalakkan berwakaf melalui potongan gaji bagi meningkatkan tabungan serta aset wakaf sekali gus membantu pembangunan ekonomi negara.

Jelas Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Zuki Ali, wakaf mampu menjadi sektor ketiga ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Beliau turut menambah, semua pihak harus memainkan peranan dalam menyokong usaha Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dalam menjayakan Pelan Induk Wakaf Nasional.

Beberapa insiatif dilaksanakan sebelum ini telah berjaya membangunkan 18 projek berimpak tinggi di atas tanah wakaf di negeri terlibat.

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan program secara maya Waqaf "Breakfast Talk" bertemakan “Penjawat Awam Pemangkin Kemakmuran Wakaf” yang turut disertai CUEPACS, JAWHAR, YWM dan beberapa panel jemputan.