Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Hari Pahlawan: PM zahir penghargaan atas khidmat bakti ATM,PDRM

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga ATM dan PDRM atas khidmat bakti yang dicurahkan dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Dalam kenyataan di facebook rasminya, beliau menzahirkan penghargaan kepada para perwira khususnya yang bertugas di barisan hadapan atas pengorbanan tanpa mengira masa serta penat lelah dalam membantu memerangi penularan wabak COVID-19.

Ini membuktikan kesungguhan mereka dalam mempertaruhkan nyawa demi melindungi rakyat Malaysia, sehingga ada di antara mereka turut dijangkiti dan kehilangan nyawa.