Logo

Penambahbaikan NPGRP pastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap

PUTRAJAYA, 31 Julai - Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) adalah pencapaian besar dan titik tolak baharu dalam reformasi amalan peraturan yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, ia merangkumi peningkatan kualiti peraturan baharu dan sedia ada dalam usaha melahirkan penyampaian perkhidmatan sektor awam lebih cekap dan telus.

Garis panduan Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) antara contoh pendekatan peraturan tangkas dilaksanakan kerajaan.

Ketika tempoh pemulihan negara, pendekatan berfasa penting untuk mengimbangi kesihatan dan kesejahteraan rakyat dengan aktiviti ekonomi yang dinamik.

Jelasnya, NPGRP ditambahbaik daripada Dasar Negara bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan (NPDIR) selepas lima tahun pelaksanaannya.

Pelaksanaan NPGRP turut dilengkapi dengan Buku Panduan Amalan Baik Peraturan sebagai rujukan.

Tan Sri Mohd Zuki berucap pada majlis pelancaran NPGRP secara maya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.