Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

PDRM jamin keselamatan negara terkawal, orang ramai diminta tidak gusar

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keadaan keselamatan negara adalah terkawal.

Orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan memastikan keadaan tenang terus kekal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataannya berkata, kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan.

Sehubungan itu, PDRM akan mempergiat pemantauan memastikan keadaan itu terpelihara.

Orang ramai juga diingatkan untuk terus patuh segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.