Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Wujud gerakan jatuhkan PN, rakyat digesa tolak anasir perosak

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan kerajaan campuran dan menolak pendekatan ekstrem menyebabkan ada pihak berasa tercabar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia lebih-lebih lagi apabila kerajaan PN menunjukkan perubahan positif dalam pentadbiran berbanding kerajaan terdahulu.

Dalam kenyataan di Facebook, Datuk Seri Abdul Hadi berkata, faktor itu menyebabkan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Sehubungan itu, rakyat dan pemimpin dinasihat sedar dan tidak ditipu lagi dengan anasir perosak terbabit.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman anasir luar yang cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.