Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

BN, UMNO senada kekal sokongan kepada kerajaan PN

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut politik ketika ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Bendahari Agung BN berkata, pendirian itu sudah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 dari Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa di ibu negara.