Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

PM zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan YDP Agong

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 30 Julai - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-62 hari ini.

Tan Sri Muhyiddin menzahirkan ucapan itu menerusi satu poster dalam hantaran di laman sosial Facebook dan Twitternya dengan kapsyen Daulat Tuanku.

Menerusi poster itu, Perdana Menteri merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Al-Sultan Abdullah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang serta segala jajahan takluknya.

Tan Sri Muhyyiddin juga memohon semoga Allah memberkati pemerintahan berjiwa rakyat Seri Paduka Baginda.