Monday, 20 September 2021

updated 11:56 AM UTC, Sep 20, 2021

Selamat Hari Sarawak 2021

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Julai - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan Selamat Hari Sarawak 2021 kepada seluruh rakyat Sarawak yang menyambutnya hari ini.

Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawa kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Bumi Kenyalang secara rasmi mula ditadbir oleh anak jati Sarawak sendiri.

Perdana Menteri juga yakin, Hari Sarawak akan dirai dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri meski tanpa aktiviti bersemuka atau berkumpulan.

Ia bagi mengelak risiko penularan jangkitan COVID-19.

Hari Sarawak 2021 mengekalkan tema sambutan tahun lalu, iaitu ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’.