Monday, 20 September 2021

updated 11:56 AM UTC, Sep 20, 2021

PM solat Aidiladha di Masjid Negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 20 Julai - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara 300 jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara pagi tadi.

Turut bersama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Ketibaan Tan Sri Muhyiddin pada pukul 8.15 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Selepas menunaikan solat sunat dua rakaat, beliau menyertai jemaah lain untuk bertakbir.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat sunat Aidiladha dengan dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Beliau kemudian mendengar Khutbah bertajuk 'Cabaran dan Pengorbanan' yang menyentuh mengenai kenikmatan negara dapat menyambut Aidiladha walaupun pandemik COVID-19 masih belum reda.