Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Sambutan Hari Keputeraan Agong ditangguhkan

  • Published in Nasional

KUANTAN, 20 Julai - Semua acara sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan itu bagi menjunjung titah baginda, bahawa tiada sebarang acara sempena Hari Keputeraan baginda ke-62.

Bagaimanapun, majlis kesyukuran dan doa selamat masih boleh dianjurkan secara maya.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah turut bertitah agar tiada persembahan ucapan sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan baginda Tuanku, diterbitkan di media cetak dan papan iklan.

Namun, persembahan ucapan boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak membabitkan sebarang kos.

Baginda turut bertitah agar peruntukan bagi penerbitan persembahan ucapan itu sebaiknya disalurkan kepada tabung disediakan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan.