Monday, 20 September 2021

updated 10:06 AM UTC, Sep 20, 2021

Empat senator angkat sumpah hari ini

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Empat Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan.

Datuk Dr. Radzi Jidin yang merupakan Menteri Kanan Pendidikan, dilantik menjadi Senator Dewan Negara untuk penggal kedua berkuat kuasa 17 Julai 2021. Datuk John Ambrose, juga lantikan penggal kedua berkuat kuasa 16 Januari 2021.

Bagi Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dilantik untuk penggal kedua berkuat kuasa mulai 19 Julai 2021.

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan yang dipilih untuk penggal pertama oleh Dewan Undangan Negeri Sabah berkuat kuasa mulai 5 Januari 2021.

Tan Sri Dr Rais Yatim ketika berucap mengalu-alukan pelantikan tersebut serta menyatakan pelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara dengan pematuhan SOP yang berlangsung di Dewan Negara di Kuala Lumpur.