Logo

Penyakit LSD, MAFI jamin bekalan lembu selamat

PASIR MAS, 18 Julai - Bekalan ternakan lembu dan kerbau dijamin selamat walaupun wujud kebimbangan risiko jangkitan penyakit kulit kental berbonjol (LSD) terhadap ternakan itu di Kedah. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah mengambil langkah awal bagi mengelak penularan penyakit berkenaan terhadap haiwan ternakan.

Beliau berkata, antara langkah yang diambil termasuk mengharamkan ternakan import yang berisiko selain menghapuskan lembu atau kerbau yang dijangkiti penyakit berkenaan.

Pergerakan keluar masuk haiwan ternakan terlibat antara negeri juga dikawal rapi pihak berkenaan.

Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja dan pemantaun barangan pelupusan di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)Rantau Panjang.

Semalam, media melaporkan, JPV Kedah menjangkakan 17,000 ternakan lembu dan kerbau di negeri itu berisiko dijangkiti penyakit LSD dengan kadar kematian kurang tiga peratus atau 500 ekor.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.