Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

PdPR diteruskan sehingga 31 Ogos

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 Julai - Sesi persekolahan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka ditetapkan mulai 1 September secara berperingkat.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi persekolahan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketetapan bagi pelaksanaan PdPR itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Sehingga semalam 253,366 guru dan pentadbir serta 10,876 kakitangan sokongan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Namun, KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

Perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.