Logo

KPDNHEP pantau harga telur ayam meningkat

TEMERLOH, 17 Julai - Siasatan teliti dijalankan berhubung kenaikan harga telur sejak beberapa hari lalu menjelang sambutan Aidiladha.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pemantauan lebih lanjut akan dilaksanakan selepas menerima banyak aduan mengenainya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan banyak ladang ternakan ayam ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan penawaran berkurangan manakala permintaan terhadap bahan itu meningkat.

Tambah beliau, pihaknya memahami situasi yang terpaksa ditanggung peniaga namun tindakan tegas juga akan diambil sekiranya harga dinaikkan tidak munasabah.

Beliau ditemui ketika membuat pemeriksaan harga barangan di Temerloh.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.