Sidang Parlimen, YDP Agong sempurnakan Istiadat Pembukaan pada 6 September
- Written by Media Baharu
- Published in Nasional
KUALA LUMPUR, 16 Julai - Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 September.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata ia berdasarkan pemakluman yang diterimanya daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Takwim Dewan Rakyat bagi Penggal Keempat, Parlimen ke-14 Tahun 2021 adalah Mesyuarat Pertama akan diadakan mulai 6 hingga 30 September selama 15 hari.
Mesyuarat Kedua mulai 25 Oktober hingga 16 Disember selama 32 hari.