Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Arab Saudi mula iktiraf Sinovac

  • Published in Nasional

RIYADH, 13 Julai - Kerajaan Arab Saudi telah memasukkan vaksin keluaran China, Sinovac dalam senarai individu divaksin yang dibenarkan memasuki negara tersebut.

Berita gembira itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi statusnya di facebook.

Jelasnya, orang ramai boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah, pada masa akan datang.

Beliau juga mendoakan agar urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan.

Penyenaraian terbaru itu menjadikan enam jenis vaksin COVID-19 diiktiraf Arab Saudi iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Sinopharm dan Sinovac.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin pernah menyatakan, Malaysia akan berbincang dengan negara luar berhubung pengiktirafan jenis vaksin apabila ada negara enggan mengiktiraf vaksin yang diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).