Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

MKN kenal pasti 66 isu, cabaran dan ancaman baharu keselamatan negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 12 Julai - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti 66 isu, cabaran dan ancaman baharu kepada keselamatan negara yang akan ditangani menerusi Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Timbalan Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ini termasuk aspek ketenteraan, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik dan hal ehwal antarabangsa.

Menurut beliau, pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), pelarian, isu keselamatan siber serta perpaduan rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai antara ancaman yang membimbangkan ketika ini.

Datuk Rodzi berkata demikian dalam sidang media taklimat Sambutan Ulang Tahun Ke-50 MKN secara maya, hari ini.

MKN juga akan melancarkan konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) yang menekankan keselamatan negara bukan dari aspek ketenteraan atau kepolisian semata-mata sebaliknya kemakmuran ekonomi, keharmonian sosial dan kestabilan politik.

MKN yang ditubuhkan pada 1971 akan menyambut ulang tahun jubli emasnya pada 31 Julai ini.