Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Syarikat Austria labur RM8.5 Bilion di Kulim, bakal buka 15,000 peluang pekerjaan

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 23 Jun - 15,000 peluang pekerjaan bagi tenaga kerja mahir, bakal dibuka.

Ini berikutan syarikat Austria Technologie and Systemtechnic AG (AT and S), memilih Malaysia sebagai lokasi kilang pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara.

Melibatkan pelaburan RM8.5 billion, fasiliti perkilangan itu akan dibina di Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim, yang sekali gus bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah dan negara.

Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata sekurang-kurangnya 5,000 orang jurutera diperlukan oleh syarikat berkenaan dalam fasa pertama yang akan mula beroperasi pada tahun 2024.

Manakala fasa berikutnya akan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah dan rakyat Malaysia amnya.

Pelaburan ini jelas menunjukkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur, walaupun dunia sedang berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.