Logo

Anggota veteren ATM memerlukan bantuan disaran hubungi JHEV ATM - Datuk Seri Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kesukaran hidup diminta segera menghubungi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).

Ia bagi membolehkan mereka dibantu dengan kadar segera.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, golongan terbabit juga boleh menghubungi persatuan veteran di daerah masing-masing agar nasib mereka dapat dibela.

Persatuan berkenaan di peringkat daerah turut digesa mengenal pasti ahli mereka yang memerlukan, supaya tindakan segera dapat diambil.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat pesara tentera, Prebet Suria Mohamad Hassan yang tinggal di bawah jejantas baru-baru ini di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor, Cheras.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.