Logo

Malaysia-Arab Saudi tingkat kerjasama pulihkan sektor pelancongan

PUTRAJAYA, 20 Jun - Satu pertemuan secara maya telah diadakan di antara Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dengan Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al-Khateeb.

Antara perkara yang dibincang termasuk cabaran industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, serta inisiatif bagi memulihkan semula industri pelancongan dan kebudayaan.

MOTAC melalui satu kenyataan berkata, kedua-dua negara berkongsi maklumat mengenai polisi dan amalan terbaik, promosi bersama pelancongan menerusi media sosial dan platform digital.

Selain itu, kerjasama erat antara institusi seni, warisan dan budaya turut dipromosi dalam Program Pelancongan Mesra Muslim.

Jumlah kemasukan pelancong dari Arab Saudi ke Malaysia pada tahun 2019 adalah seramai 121,444 orang daripada jumlah keseluruhan pelancong antarabangsa sebanyak 26.1 juta.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.