Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

KPM umum pengambilan khas 18,702 guru

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 Jun - Seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 bakal dilantik bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negara ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, permohonan pengambilan khas guru secara 'one-off' itu akan bermula 7 Julai ini.

Menurut beliau, cabaran utama pengambilan guru adalah kerana kurangnya calon guru Institut Pendidikan Guru (IPG) dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran.

Datuk Dr Radzi berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.

KPM akan berkolaborasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melaksanakan inisiatif tersebut.

Penempatan guru akan dilakukan secara berperingkat mulai Oktober ini khususnya di Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak yang mencatatkan jumlah kekosongan guru tertinggi.