Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Agong dan Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Hari Bapa kepada golongan bapa

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Sempena sambutan Hari Bapa hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada golongan bapa di negara ini.

Ucapan baginda berdua dizahirkan menerusi hantaran Facebook Istana Negara.

Hari Bapa disambut pada setiap Ahad minggu ketiga Jun dengan tahun ini jatuh pada 20 Jun dan tujuan sambutan itu dibuat bagi menghargai pengorbanan bapa.

Sementara itu menerusi Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sambutan peringkat kebangsaan tahun ini bertemakan, 'Bapa Pemimpin, Keluarga Sejahtera'.

Tambahnya, tatkala pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, tugas bapa semakin bertambah demi melindungi keluarga daripada wabak jangkitan COVID-19.

Justeru, tanggungjawab mereka tidak pernah berakhir.