Logo

Wakaf, instrumen kewangan sosial Islam beri impak kepada sosioekonomi

KANGAR, 16 Jun - Wakaf merupakan instrumen kewangan sosial Islam yang mampu memberi impak ekonomi dan sosial Ummah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ia mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sesuai dengan keperluan semasa.

Tuanku Syed Faizuddin menegaskan, wakaf mempunyai jangkauan impak yang luas bagi kedua-dua penyumbang dan penerima.

Baginda bertitah ketika merasmikan sesi pembukaan ”Webinar Wakaf 2021 Peringkat Negeri Perlis” yang dianjurkan secara dalam talian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama Yayasan Waqaf Malaysia serta Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR).

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.