Logo

Jakim sedia kertas kerja isu hina islam, bakal dibentang kepada Majlis Raja-Raja

PETALING JAYA, 16 Jun - JAKIM sedang dalam proses untuk menyediakan kertas kerja berhubung isu penghinaan terhadap Islam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri berkata, ia akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran di media sosialnya, beliau mengulas, insiden penghinaan yang berlaku baru-baru ini melibatkan sensitiviti keagamaan.

Pihaknya sedang menanti keputusan siasatan pihak berkuasa berkenaan perkara tersebut.

Beliau berkata, semangat muhibbah yang telah dibina puluhan tahun di negara ini tidak mudah dirobohkan hanya kerana satu dua isu berbangkit.

Namun, isu yang dipandang remeh itulah kadangkala boleh mencetuskan api yang amat marak sehinggakan memerlukan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan isu dan permasalahan.

Minggu lalu, media melaporkan kes lima penghantar makanan dan seorang pelanggan yang ditahan berhubung kes pergaduhan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.