Logo

Tan Sri Muhyiddin menghadap Agong

KUALA LUMPUR, 15 Jun - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada pukul 2.20 petang dan selesai menghadap pada pukul 3.30 petang tadi.

Pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria turut menghadap Seri Paduka yang berlangsung lebih sejam bermula pukul 11.00 pagi.

Tan Sri Muhyiddin pada pagi Rabu lalu telah menghadap Agong di Istana Negara diikuti 15 ketua parti politik utama pada Rabu, Khamis dan Jumaat minggu lalu sebelum berakhir semalam.

Sesi menghadap itu adalah bagi mendapatkan input ketua-ketua parti politik khususnya berkenaan usaha memerangi pandemik COVID-19.

Ia juga sebagai persediaan untuk Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung esok.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.