Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

JAIS batal peperiksaan PSRA yang dijadual Ogos ini

  • Published in Nasional

SELANGOR, 11 Jun - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat keputusan membatalkan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadual pada 23 hingga 27 Ogos ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan, susulan pembatalan itu, pihaknya akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti sesuai pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor sesi kemasukan 2022.

Dalam satu kenyataan beliau menjelaskan, keputusan pembatalan peperiksaan PSRA dibuat berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara dan trend semasa penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian akibat COVID-19 di Selangor yang semakin tinggi.

Menurut beliau, keputusan itu akan turut membantu usaha berterusan semua pihak melandaikan lekuk penularan COVID-19.