Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Nasib 6 beradik yatim piatu terbela, sudah miliki surat beranak dan bakal bersekolah

  • Published in Nasional

TANGGA BATU, 10 Jun - Nasib enam beradik yatim piatu di Kampung Tangga Batu, Melaka yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana tiada surat beranak dan masalah kewangan kini terbela.

Kesemua mereka telah menerima sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika mengadakan lawatan ke rumah enam beradik berkenaan.

Nul Aziza Rosani 14 tahun, Ahmad Baharom (13), Muhd Tadrul (12) Khalid (11), Mohd Said Maulidin (8) dan Siti Khadijah 6 tahun tinggal bersama ibu saudaranya, Hajirah Hairun yang juga merupakan orang kurang upaya selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, beliau mahu kesemua enam beradik ini dapat memulakan persekolahan sebaik sahaja tamatnya PKP.

Pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri agar menempatkan adik beradik itu di sekolah berdekatan dengan kediaman mereka.