Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Slip keputusan rasmi boleh dimuat turun dari myresult3.moe.gov.my pada 14 Jun

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Jun - Beberapa pembaharuan diperkenal Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM buat julung kalinya bagi memastikan kelancaran urusan berkaitan SPM 2020 selain menyokong inisiatif digitalisasi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia termasuk semakan keputusan dan muat turun slip peperiksaan SPM 2020 secara dalam talian.

Bagi calon yang tidak mempunyai akses internet untuk mendapatkan keputusan, beliau berkata, pihak sekolah telah berbincang dengan calon-calon berkenaan mengenai kaedah terbaik bagi mereka mendapatkan keputusan.

Selain itu, pemeriksaan skrip jawapan juga dilaksana secara dalam talian dan proses pengeluaran keputusan disingkatkan dari 90 hari kepada 76 hari.

Pencetakan dan pengedaran sijil SPM dipercepat dari 6 bulan kepada 1 bulan dan ia dijangka akan diedarkan secara berperingkat bermula 10 Julai depan.