Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Calon SPM 2020 individu hebat, berjaya duduki peperiksaan dalam pandemik COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Jun - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang menerima keputusan hari ini sebagai individu hebat yang menduduki peperiksaan dalam situasi negara dan dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.

Muhyiddin menerusi hantaran Facebook hari ini, beliau berbangga dengan calon SPM 2020 yang berdepan cabaran berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Katannya, semua pelajar diuji dengan cabaran yang getir namun berbekalkan semangat serta keazaman tinggi dengan sokongan semua pihak cabaran itu berjaya diharungi.

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin menyatakan sekiranya keputusan yang diterima bukanlah seperti yang diharapkan, jangan sesekali berputus asa.

Selain itu beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang berhempas-pulas berusaha bagi membantu pelajar mengharungi peperiksaan dalam masa mencabar ini.

Ini kerana ibu bapa dan guru-guru berusaha berlipat kali ganda menerusi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang penuh mencabar dalam suasana norma baharu.

Beliau berpesan agar keputusan yang diterima hari ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha bagi memastikan kehidupan serta masa depan yang terjamin.