Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

9,411 calon memperoleh keputusan cemerlang SPM 2020

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Jun - Seramai 9,411 daripada 381,894 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2020 oleh Kementerian Pendidikan juga mendapati bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian turut meningkat kepada 78,731 calon berbanding 77,038 pada tahun 2019.

Analisis turut menyebut daripada 83 mata pelajaran ditawarkan, 43 mencatatkan peningkatan prestasi, 39 merekodkan penurunan dan satu mata pelajaran kekal.

Dari segi keupayaan calon menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula, 19.36%
dikategorikan sebagai cemerlang, 48.89% baik dan 31.75% berpotensi.