Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

SPM 2020 catat GPN 4.80, pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Jun - Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, ia berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Dalam pada itu menurut Mohd Radzi, lima mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan tahun ini berbanding tahun lalu dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Manakala Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu.