Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

338,659 calon layak terima Sijil SPM 2020, meningkat sebanyak 1.96%

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Jun - Calon Layak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut menunjukkan peningkatan sebanyak 1.96% (338,659 calon) iaitu 88.68% bagi SPM 2020 berbanding 86.72% atau 337,773 untuk SPM 2019.

Seramai 401,105 calon mendaftar dengan seramai 381,894 calon menduduki SPM 2020 untuk 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Manakala bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) Layak Sijil SPM, terdapat 6.88% peningkatan iaitu 68.22% bagi SPM 2020 berbanding 61.34% untuk SPM 2019.

Seramai 1,435 CBK telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2020.