Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Bayaran secara tanpa tunai bagi semua perkhidmatan kerajaan pada 2022

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 9 Jun - Kementerian Kewangan menerusi inisiatif MyDIGITAL akan memastikan pembayaran bagi semua perkhidmatan kerajaan akan dibuat secara tanpa tunai menjelang tahun hadapan.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, setakat akhir tahun lalu, 60% daripada jumlah kutipan kerajaan dilaksanakan menerusi kaedah e-pembayaran.

Selain kaedah tanpa tunai, kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif digitalisasi termasuk beralih kepada 'Kad pengenalan elektronik' dan bukti identiti secara biometrik untuk pengenalan orang awam.

Tengku Datuk Seri Zafrul berucap merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa Insitut Perakaunan Malaysia (MIA) 2021 secara maya.