Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Nahas LRT: Laporan siasatan dibentangkan ke kabinet

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Laporan siasatan kemalangan nahas membabitkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) akan dibentangkan ke mesyuarat kabinet hari ini.

Ia dilengkapkan hasil siasatan, semakan dokumen dan simulasi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan laporan disediakan Jawatankuasa Siasatan terdiri daripada sembilan anggota diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.

Beliau berkata laporan dibuat secara profesional dan komprehensif.

Ia juga berjaya disiapkan dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.

Insiden pada malam 24 Mei lepas mengakibatkan sebuah tren tanpa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC.