Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

13,000 komputer riba diagih kepada pelajar golongan B40

  • Published in Nasional

KLUANG, 7 Jun - Kira-kira 13,000 komputer riba telah diagihkan kepada kepada pelajar golongan B40 di seluruh negara bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akibat pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, 40,000 lagi akan diagihkan 12 Jun ini.

Menurut beliau, Pelaksanaan kaedah PdPR tidak hanya meliputi pembelajaran dalam talian semata-mata, sebaliknya turut merangkumi bahan bantuan pembelajaran berbentuk manual.

Seramai 71 pelajar tingkatan tiga daripada golongan B40 menerima bantuan komputer riba menerusi inisiatif CERDIK di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Kahang Timur, Kluang, Johor, pagi tadi.

Bantuan yang diserahkan secara pandu lalu itu bertujuan melancarkan proses PdPR.