Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

42 Pasar Segar Terkawal beroperasi

  • Published in Nasional

SEPANG, 7 Jun - 42 buah Pasar Segar Terkawal (PST) telah beroperasi di seluruh negara dan mencatat jualan sebanyak RM18.9 juta setakat 4 Jun lalu.

Seramai 48 petani dan 6,879 usahawan telah menyertai PST.

Jelas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, PST akan diteruskan bagi memastikan penduduk setempat mendapat akses kepada barangan keperluan sepanjang tempoh PKP.

Setiap PST akan mempunyai lapan komoditi teras iaitu sayur, buah, ikan, ayam, daging, produk PKS, barangan runcit dan makanan bungkus.

Peniaga PST turut menawarkan pengguna, kadar penjimatan 5 hingga 20%.

Menerusi satu kenyataan, Datuk Seri Dr. Ronald turut menyarankan pengguna membeli barangan secara dalam talian dan mengurangkan keberadaan di PST.

Antara kemudahan pembelian dalam talian, aplikasi Agrobazaar Online, selain aplikasi e-dagang seperti Shopee, Lazada, MyGrocer, OurFarm AirAsia dan Farm2Table.

Datuk Seri Dr. Ronald membuat lawatan kerja di 2 PST bertempat di Putrajaya dan Sepang.