Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

PM wakili seluruh rakyat merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat Malaysia merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Tan Sri Muhyiddin berkongsi ucapan di Facebook berkata, beliau dan seluruh rakyat turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta kaum kerabat Seri Paduka Baginda berdua.

Tambah Perdana Menteri, negara masih lagi berada dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang bertujuan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19.

Beliau berharap dengan segala usaha yang sedang dijalankan dalam melawan pandemik COVID-19 ini akan memperoleh kejayaan atas limpah perkenan dan naungan Tuanku.