Friday, 25 June 2021

updated 4:06 AM UTC, Jun 25, 2021

Malaysia gesa dunia Islam bersatu menentang kekejaman Israel

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Mei - Senada dengan Turki.

Kuala Lumpur, Jakarta dan Brunei sepakat mengutuk serangan rejim Zionis terhadap Gaza.

Malaysia menggesa dunia Islam bersatu dan menentang kekejaman Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera.

Tambahnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo.

Tan Sri Muhyiddin turut menyatakan kekesalan terhadap kegagalan pihak antarabangsa bertindak segera menangani situasi di Gaza.